Range Rover Velar facelift 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250

1 year ago 139

Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250

Jaguar Land Rover Malaysia hari ini mengumumkan bahawa versi facelift 2024 untuk Range Rover Velar kini sudah sampai ke pasaran tempatan, dan tempahan juga sudah dibuka. Tiga varian ditawarkan untuk L560 yang dikemaskini ini iaitu P250 Dynamic SE M spec, P250 Dynamic SE H spec dan juga P250 Dynamic HSE L spec, dijual pada harga bermula dari RM638,800.

Pada bahagian luaran, exemplary facelift ini tampil dengan sedikit kelainan. Ia menerima rekaan gril baharu, selari dengan yang ada pada Range Rover terkini. Begitu juga dengan lampu utama Pixel LED dengan DRL, dan di belakang hadir dengan lampu lebih moden dengan apron diperkemas. Dua warna baharu iaitu Metallic Varesine Blue dan Premium Metallic Zadar Grey ditawarkan pada versi kemaskini SUV ini.

Selain itu, Velar facelift juga diberikan rim rekaan baharu, di mana H dan L Spec datang dengan rim Style 1075 10-jejari 22-inci dalam kemasan kelabu gelap berkilat dengan serlahan diamond turned atau hitam kilat sepenuhnya. Manakala M spec pula menerima acceptable rim 1089 Style 20-inci 10-jejari dalam kemasan hitam berkilat.

Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250

Untuk bahagian kabin, Velar 2024 menampilkan papan pemuka minimalis yang nampak lebih ‘kosong’ dari sebelum ini. Ia dilengkapi dengan sistem infotainmen Pivi Pro terbaru yang menampilkan skrin sentuh lengkung 11.4-inci terapung. Sistem ini menyokong sambungan tanpa wayar Android Auto dan Apple CarPlay dan boleh dikemaskini secara over-the-air.

Tiada sebarang suis dan butang fizikal dapat dilihat pada papan pemuka ini. Menurut Range Rover, kawalan untuk sistem pendingin hawa, tetapan tempat duduk dan larasan audio boleh dibuat menerusi butang maya pada barroom setiap sisi skrin utama yang sentiasa terpampang. Pemandu turut boleh mengakses mod-mod dalam Terrain Response juga dengan cara yang sama.

Velar facelift ini juga menampilkan fungsi Active Road Noise Cancellation, iaitu sistem unik yang mampu mengira isyarat vigor bagi dimainkan semula pada pembesar suara Meridian dalam kabin, dibuat bagi merendahkan tahap desibel dalam kereta.

Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250

Dengan sistem ini Range Rover mendakwa Velar menampilkan kabin paling senyap dalam kelasnya untuk bunyi jalan. Jika anda sentiasa mendengar bunyi dalam frekuensi rendah terlalu lama juga menjadi punca penat, dan sistem ini turut membantu dalam aspek tersebut.

Cabin Air Purification Plus dan juga lampu kabin 30 lampu yang boleh dikonfigurasikan (kedua-duanya untuk L spec) juga merupakan antara perincian keselesaan lain yang turut disertakan pada Velar 2024 ini. Manakala H dan L spec pula diberikan suspensi Adaptive Dynamics.

JLR turut menawarkan Technology Pack untuk Velar facelift pasaran Malaysia ini. Pek tersebut memberikan perician seperti paparan head-up, sistem kamera sekeliling 3D, bantuan parkir, dan juga fungsi Wade Sensing bagi membantu pemandu meredah aerial seperti banjir dan sebagainya.

Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250

Dengan lencana P250 untuk semua varian, ini bermakna semua exemplary pasaran Malaysia hanya ditawarkan dengan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder turbo yang menghasilkan 250 PS (247 hp) dan tork maksima 365 Nm. Untuk pasaran lain Velar turut ditawarkan dengan varian P340 dan P400 yang menampilkan sistem hibrid ringkas, serta varian baharu P400e dengan sistem plug-in hybrid yang menghasilkan kuasa 404 PS/640 Nm dan jarak gerak EV sejauh 64 km.

“Range Rover Velar L560 merupakan hasil gabungan antara kemewahan dan inovasi. Reka bentuk canggih, ciri-ciri canggih dan prestasi elektriknya yang mengagumkan menekankan komitmen kami untuk membawakan pengalaman tiada tandingan kepada pelanggan kami yang arif,” kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau.

“Dengan Range Rover Velar baharu, kami teruja untuk menawarkan hasil gabungan kemewahan kontemporari dan teknologi terkini. Kenderaan ini membuka epoch baharu dalam keanggunan dan kehalusan reka bentuk, menarik perhatian peminat automotif dengan daya tarikan yang tidak ditelan zaman,” tambah Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia.

Jika anda berminat untuk melihat sendiri Range Rover Velar facelift 2024 ini di depan mata, JLR mengalu-alukan kedatangan anda ke bilik pameran Sime Darby Motors City di Ara Damansara. Selain itu, exemplary ini juga turut dibawa ke showcase Jaguar Land Rover yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre (BSC) yang sudah pun bermula sekarang dan akan berakhir pada 24 September nanti.

GALERI: Gambar rasmi Range Rover Velar facelift 2024
Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250

The station Range Rover Velar <em>facelift</em> 2024 kini di Malaysia – bermula RM638,800, tempahan dibuka, 3 varian P250 appeared archetypal connected Paul Tan's Automotive News.

Read Entire Article