Polis keluarkan 4,862 saman trafik terhadap pemandu warga asing antara Januari-Ogos 2023 – Timbalan KPN

1 year ago 186

Polis keluarkan 4,862 saman trafik terhadap pemandu warga asing antara Januari-Ogos 2023 – Timbalan KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 4,862 saman ke atas pemandu warga asing sejak Januari sehingga Ogos 2023.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang turut berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,720 saman membabitkan K170A iaitu notis yang diletakkan terus di kenderaan. Manakala 2,142 saman melibatkan K257 iaitu notis yang diserahkan secara langsung kepada pesalah trafik.

Tambahnya, 1,703 saman sudah berjaya diselesaikan pesalah trafik terbabit manakala baki 3,159 saman belum diselesaikan, laporan Bernama.

Beliau turut berkata, sejak minggu lalu, pihak PDRM juga telah mula melaksanakan Op Saman Tertunggak Warga Asing di Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak.

“Operasi itu memfokuskan kepada warga asing yang terbabit kesalahan trafik dan tidak bayar saman. Pemandu warga asing ini kita hanya keluarkan saman (kesalahan lalu-lintas) dan kalau ada kesalahan lain seperti tiada dokumen, itu kita akan ambil tindakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob berkata, sebanyak 18,385 saman ke atas pemandu warga asing dikeluarkan sepanjang tahun 2022 membabitkan 15,221 saman K170A dan 3,164 saman K257.

Katanya, hanya 6% daripada keseluruhan saman K170A yang diselesaikan pesalah trafik warga asing manakala 40% saman K257 diselesaikan pesalah terbabit.

The station Polis keluarkan 4,862 saman trafik terhadap pemandu warga asing antara Januari-Ogos 2023 – Timbalan KPN appeared archetypal connected Paul Tan's Automotive News.

Read Entire Article