Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini

2 weeks ago 11

Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini

PLUS Malaysia menjangkakan lebih dua juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendaliannya pada Hari Raya Aidilfitri ini, termasuk 2.2 juta di lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan kira-kira 70,000 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), laporan Bernama.

“Ini (jumlah kenderaan di lebuhraya) meningkat 20% berbanding hari biasa,” kata COO Datuk Zakaria Ahmad Zabidi sambil menambah 27-29 Mac (sebelum Raya) dan 4-6 April (selepas Raya) adalah tarikh puncak yang dijangkakan.

Tambah beliau, semua kerja di jalan utama akan dihentikan dari 27 Mac hingga 7 April, hanya untuk kecemasan sahaja dibenarkan. Selain itu, kenderaan berat tidak akan dibenarkan memasuki lebuhraya pada 29 hingga 30 Mac dan 5 hingga 6 April.

Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini

Selain itu, terdapat 28 smartlane yang akan diaktifkan bagi melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal termasuk tiga lokasi baharu yang ditambah di kawasan yang dijangka sesak iaitu di Lingkaran Putrajaya (arah timur), Pedas Linggi-Senawang (arah utara) dan Tangkak-Jasin( arah utara).

Smartlane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang dan ia boleh dikenal pasti melalui paparan lampu hijau berkelip serta papan tanda pemberitahuan yang dipasang di lokasi-lokasi tertentu. Had laju pengguna lebuhraya adalah sekitar 60 km/j dan dilarang memandu di lorong kecemasan di lokasi lain yang tidak diaktifkan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, PLUS menasihatkan orang ramai untuk memuatnaik aplikasi perjalanan integer MyPLUS-TTA bagi memudahkan pengguna jalan raya merancang perjalanan.

The station Lebih 2.2 juta kenderaan bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS pada Aidilfitri ini appeared archetypal connected Paul Tan's Automotive News.

Read Entire Article