Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang wanita yang tular di Facebook yang mendakwa Lesen Kenderaan Motor (LKM atau cukai jalan) fizikal masih diwajibkan.
“JPJ ingin menjelaskan bahawa kenyataan dalam hantaran tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya hari ini. Ia bertujuan supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pemilik akaun Facebook terbabit bagi mengelakkan perkongsian kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan pada masa hadapan,” kata JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Menerusi hantaran di Facebook tersebut, wanita berkenaan mendakwa bahawa pemilik kenderaan pada masa ini boleh menggunakan dokumen LKM atau cukai jalan digital sahaja adalah satu pembohongan.
Menurut JPJ, sebagaimana kenyataan media Menteri Pengangkutan pada 10 Februari lalu, pihaknya sedang dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM). Di mana pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis.
“Pemilik kenderaan dan pemandu yang bersedia digalakkan untuk beralih dari dokumen berbentuk fizikal kepada dokumen berbentuk digital. Walau bagaimana pun, sepanjang tempoh interim berkenaan orang ramai diberi pilihan sama ada menggunakan dokumen dalam bentuk fizikal atau digital.
“Pemandu atau penunggang yang memilih menggunakan dokumen integer tidak perlu khuatir sekiranya ditahan agensi penguat kuasa untuk pemeriksaan. Penguat kuasa yang terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dimaklumkan mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, JPJ turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat hantaran atau berkongsi kandungan media sosial yang boleh mengelirukan banyak pihak. Orang ramai juga diminta untuk membuat semakan terlebih dahulu maklumat yang diperoleh untuk memastikan kesahihannya melalui portal atau media rasmi JPJ.
The station JPJ buat laporan polis berhubung seorang wanita mendakwa cukai jalan fizikal masih diwajibkan appeared archetypal connected Paul Tan's Automotive News.